Pada 13 hingga 21 Oktober 2019, R-TIHiLS telah menjalankan penyelidikan ke United Kingdom dalam usaha untuk mencari dan meneliti dokumen-dokumen penting berkaitan dengan negeri Terengganu yang berada di dalam simpanan organisasi di sana. Penyelidikan telah dijalankan di Fakulti Kajian Asia Timur dan Afrika (SOAS) Universiti London, Perpustakaan British dan Arkib Kebangsaan United Kingdom.Dalam lawatan penyelidikan di SOAS Universiti London, penyelidik R-TIHiLS telah berkesempatan untuk membuat satu pertemuan dengan salah seorang staff SOAS, Dr. Mulaika Hijjas. Beliau merupakan anak Malaysia yang berkhidmat di SOAS sebagai pensyarah bagi fakulti Pengajian Asia Tenggara. Hasil perjumpaan, Dr. Mulaika Hijjas menerangkan bahawa rekod lama atau manuskrip disimpan di Bilik Bacaan Special Collections. Penyelidikan seterusnya tertumpu di Bilik Bacaan berkenaan untuk mencari rekod mengenai Terengganu.
Seterusnya, penyelidik R-TIHiLS mengunjungi Bilik Bacaan Asia dan Afrika (Asian & African Studies Reading Room) di Perpustakaan British. Bilik bacaan ini menyimpan sebahagian besar koleksi Asia dan Afrika. Di sini terdapat manuskrip Oriental, buku bercetak dan siri, serta rekod Syarikat India Timur dan Rekod Pejabat India. Bahan visual dari koleksi Asia & Afrika seperti gambar, cetakan, lukisan, dan lukisan boleh rujuk di Bilik Cetak, yang terletak di dalam Bilik Bacaan. Catalogues and Collections merupakan sistem carian dalam talian untuk Perpustakaan British. Carian dan pesanan boleh dibuat melalui system ini, dan bahan boleh didapati di kaunter perkhidmatan yang terdapat di bilik bacaan. Penyelidik R-TIHiLS juga berpeluang membuat pertemuan dengan Dr. Annabel Teh Gallop, Ketua Kurator Perpustakaan British Bahagian Asia Tenggara yang juga mempunyai kepakaran dalam bidang manuskrip.
Seterusnya, penyelidik telah melakukan penyelidikan di Arkib Kebangsaan United Kingdom. Melalui penelitian yang telah dibuat, sejumlah dokumen-dokumen penting berkaitan pentadbiran dan undang-undang telah diperoleh untuk dibawa pulang. Berbanding SOAS dan The British Library yang masing-masing mengambil masa satu hari penyelidikan, penyelidik R-TIHiLS menghabiskan masa selama dua hari di The National Archives of UK.