Pada 21 Januari 2020, R-TIHiLS juga telah mengadakan lawatan ke Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam UniSZA (INSPIRE).

Tujuan lawatan ini adalah untuk mengenalpasti fungsi, kepakaran dan bidang kajian yang dijalankan oleh INSPIRE. Ini memungkinkan kerjasama, perkongsian sumber dan kepakaran yang mana akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak sama ada dari segi sumber, masa dan kos.

Lawatan ini merupakan perbincangan mengenai bidang tugas dan skop operasi antara kedua-dua organisasi. Selain itu juga, pihak INSPIRE juga memberi penerangan tentang projek pendigitalan manuskrip Melayu yang dijalankan.

Hasil lawatan ini, kedua-dua pihak menyedari potensi kerjasama dan perkongsian maklumat serta sumber dan kemahiran serta manfaat yang boleh dikongsi bersama. Oleh itu, satu kerjasama yang terperinci telah dicadangkan di antara kedua-dua belah pihak.