Pada 19 Januari 2022, satu lawatan dan perbincangan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT). R-TIHiLS diwakili oleh En. Mohd Naim bin Abdul dan En. Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi manakala PPAT diwakili oleh Puan Norliza binti Ismail selaku Pengarah PPAT serta Puan Majidah binti Che Ali, Ketua Unit Koleksi Tempatan dan Pendigitan dan Encik Shafie bin Wahab, Pembantu Perpustakaan, Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Maklumat.
Pertemuan ini merupakan rentetan daripada mesyuarat penyelarasan status buku-buku dan bahan rujukan di Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada akhir tahun 2021.
Tujuan lawatan dan perbincangan ini adalah bagi membincangkan prospek kerjasama di antara PPAT dan R-TIHiLS serta perkongsian ilmu berkenaan teknologi pendigitalan dokumen dan simpanan bahan Koleksi Terengganu yang ada di PPAT.