Satu pertemuan dan perbincangan telah diadakan pada 10 Februari 2022 di Ibu Pejabat Arkib Negara Malaysia, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur. Pertemuan berkenaan adalah bagi membincangkan tentang kerjasama dua hala yang boleh diadakan di antara R-TIHiLS dan ANM.

Pertemuan ini dihadiri oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS dan dua penyelidik R-TIHiLS iaitu Encik Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi dan Encik Mohd Naim bin Abdul.

Manakala, ANM diwakili oleh Tuan Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman selaku Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia, serta Encik Mokhtaruddin bin Lamsin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Penyelidikan dan Pengembangan), Haji Mohd Nasir bin Haji Ismail, Pengarah (Bahagian Pengembangan) dan Puan Norsuriaty binti Awang Hassim, Ketua Seksyen, Seksyen Perancangan Strategik dan Hubungan Antarabangsa.