Pada 12 Mei 2022, satu perbincangan telah diadakan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) bagi membincangkan berkenaan dengan penyelidikan berkaitan dengan sejarah institusi kehakiman syariah di negeri Terengganu.

Pihak R-TIHiLS diwakili oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif dan dua Pegawai Penyelidik iaitu Encik Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi dan Encik Mohd Naim bin Abdul. Manakala pihak JKSTR dihadiri oleh Tuan Haji Kamalruazmi bin Ismail, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu serta pegawai-pegawai kanan yang lain.

Pihak JKSTR mengalu-alukan sebarang rancangan penyelidikan yang dirancang oleh R-TIHiLS dan bersedia untuk bekerjasama dalam mana-mana penyelidikan yang berkaitan.