Pada 25 Mei 2022, satu pertemuan telah berlangsung di antara YB Ustaz Haji Satiful Bahari bin Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah di pejabat Unit Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu di Tingkat 6, Wisma Darul Iman.

Pertemuan ini juga disertai oleh dua orang penyelidik R-TIHiLS iaitu Encik Mohd Naim bin Abdul dan Puan Nur Syamimi Isyikin binti Md Azli.

Pertemuan ini membincangkan tentang salah satu daripada rancangan penyelidikan R-TIHiLS iaitu berkenaan sejarah, undang-undang dan institusi Islam di negeri Terengganu Darul Iman. YB Ustaz juga menzahirkan hasrat untuk membantu apa sahaja yang diperlukan oleh R-TIHiLS dalam menjalankan penyelidikan ini.

Pada majlis yang sama juga, Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada YB Ustaz.