Pada 14 September 2022, satu lawatan dan perbincangan telah berlangsung di Institut Warisan Melaka (INSWA). Lawatan dan perbincangan tersebut bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama, pertukaran maklumat dan bidang kemahiran di antara kedua pihak.

Pihak R-TIHiLS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah serta dua orang pegawai penyelidik iaitu En. Mohd Naim bin Abdul dan En. Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi manakala pihak INSWA diwakili oleh Pengurus Besar INSWA iaitu YBrs. Encik Nurman bin Mohd Baroldin, Puan Noriah binti Ahmad yang merupakan Ketua Unit Kebudayaan, Penolong Pegawai Kebudayaan iaitu Muhammad Syafiq bin Zamrid serta Ketua Kerani iaitu Alisfiza binti Abu.

Perbincangan yang berlangsung selama dua jam juga membincangkan tentang cabaran untuk menjadikan kebudayaan tradisi Melayu sebagai budaya teras generasi kini serta perkongsian idea untuk mendekati golongan muda mengikut pendekatan masa kini.

Perbincangan diakhiri dengan penyerahan cenderamata di antara kedua belah pihak serta bergambar kenang-kenangan.