Satu Bengkel Permulaan Sumbang Saran berkaitan dengan Penyelidikan Sumber Laut dan Pembangunan Atlas Marin Kepulauan Bidong telah diadakan di Bilik Seminar INOS di UMT pada 5 Oktober 2022. Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 2.30 petang ini bermatlamat sebagai perintis dan satu usaha untuk merangka rancangan kerja keseluruhan bagi penyelidikan ini.
Program ini melibatkan 12 orang ahli akademik dari pelbagai bidang kepakaran dari UMT dan 3 orang wakil R-TIHiLS. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai gerak kerja penyelidikan, rancangan memorandum persefahaman (MoU) serta halangan serta potensi penyelidikan.