Dalam sebahagian daripada pelaksanaan projek penyelidikan kluster oseanografi R-TIHiLS bagi sesi 2022 ini, satu program resensi buku telah diadakan dengan kerjasama Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) dan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program ini diadakan di Auditorium PSNZ dan dihadiri oleh kira-kira 200 orang peserta.

Program ini membedah buku Bidong Island, Natural History and Resources yang diterbitkan oleh Springer. Buku ini dibentangkan oleh lima orang pembentang iaitu Prof. Madya Ts. ChM. Dr. Ong Meng Chuan, Prof. Madya Dr. Tan Chun Hong, Dr. Norhayati binti Ab Manaf, Dr. Muhd Nur Ismail bin Abdul Rahman dan Dr. Nursalwa binti Baharuddin.