Pada 3 November 2022, satu syarahan umum telah dianjurkan oleh R-TIHiLS dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu serta organisasi Kerajaan Negeri dan Persekutuan. Program ini diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu dan telah dihadiri oleh kakitangan kerajaan, NGO, pelajar sekolah dan IPT serta orang awam.
Syarahan umum yang diadakan ini bertemakan 111 Tahun Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk dan disampaikan oleh Ahli Majlis R-TIHiLS iaitu YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdullah Zakaria bin Ghazali. Perasmian syarahan ini telahpun disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu iaitu YBhg. Dato’ Haji Yahaya bin Ali yang mewakili YAB. Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar, Menteri Besar Terengganu.
Syarahan ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang mana diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah.