Pada 19 dan 20 Jun 2023, satu seminar telah diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Seminar yang bertajuk “Kapal Mendam Berahi, Realiti Atau Mitos?” ini menyaksikan himpunan ahli akademi, penyelidik dan ilmuan dalam membincangkan mengenai lagenda Kapal Mendam Berahi yang mana menyaksikan seramai 8 orang pembentang dan dihadiri oleh 400 orang peserta.
Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Abdullah telah diberi kepercayaan untuk menjadi moderator pada salah satu daripada sesi pembentangan. Seminar juga disertai oleh seorang Pegawai Penyelidik R-TIHiLS iaitu En. Mohd Naim bin Abdul.