Perpustakaan Peringatan Za’ba Universiti Malaya telah mengadakan satu Bengkel Membaca Tulisan Jawi Dalam Manuskrip Melayu Dan Naskhah Jawi Lama yang mana telah dihadiri oleh pelbagai wakil dari pelbagai sektor awam dan penyelidik bebas. Kesemua peserta didedahkan dengan bidang kajian manuskrip Melayu lama dan diperkenalkan kepada tiga pandangan dalam membaca teks Jawi lama iaitu kepelbagaian teks tradisi Melayu, strategi pembacaan dan proses pendokumentasian yang mana menjadi asas penting dalam kaedah menghuraikan maklumat terperinci tentang kandungan penulisan Melayu lama.

Bengkel selama dua hari yang berlangsung pada 9 dan 10 Ogos 2023 ini dihadiri oleh dua penyelidik R-TIHiLS iaitu En. Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi dan En. Mohd Naim bin Abdul. Keseluruhan bengkel ini disampaikan oleh En. Wan Mohd Dasuki bin Wan Hasbullah yang mana merupakan pakar filologi dan etnografi budaya selaku fasilitator tunggal.

Di akhir bengkel juga, satu lawatan ad hoc telah diadakan ke Muzium Seni Asia dan R-TIHiLS berpeluang untuk membina jaringan di antara dua agensi dengan pihak muzium melalui lawatan berkenaan.