Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Unit Penerangan Darul Iman (UPDI) di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu pada 28 Disember 2023 pada jam 2.30 petang. R-TIHiLS telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Haji Mohd Yusof bin Abdullah diiringi oleh Pegawai Penyelidik iaitu En. Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi dan Pn. Nur Syamimi Isyikin binti Md Azli. Manakala pihak UPDI telah diwakili oleh En. Mohd Harun bin Esa yang merupakan Pengarah, Timbalan Pengarah (Pengurusan) iaitu En. Mohamad Aswadi bin Mohamad, Timbalan Pengarah (Penerangan) iaitu En. Sazali bin Mohd Noor, Penolong Pengarah (Penerangan) iaitu Cik Sumaiyah binti Zakaria dan Ketua Unit Penyelidikan iaitu En. Abdul Hadi bin Abd. Rani.

Perbincangan yang berlangsung kira-kira 1 jam ini dimulakan dengan pengenalan mengenai latar belakang dan peranan organisasi masing-masing. Seterusnya, perbincangan tertumpu kepada kerjasama untuk mendapatkan bahan-bahan berkaitan dengan penerbitan dan peristiwa perjalanan Kerajaan Negeri Terengganu untuk perekodan R-TIHiLS serta potensi kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati oleh kedua-dua pihak.