Pada 2 Julai 2024, satu lawatan bermaklumat ke Muzium Nelayan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS, Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Abdullah dan disertai oleh dua pegawai penyelidik R-TIHiLS iaitu En. Rafiuddin Afiq Bin Rujunaidi dan En. Mohd Naim Bin Abdul.

Rombongan lawatan telah disambut oleh Penolong Kurator, En. Mohammed Iqbal Bin Rosli yang mana mengiringi lawatan dan memberikan penerangan di setiap galeri yang ada di muzium berkenaan. Selain itu juga, beliau juga memberikan penerangan berkenaan dengan kawasan pembangunan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan rancangan pembangunan muzium di masa hadapan.

Lawatan bermaklumat ini diakhiri dengan penyerahan cenderahati kenang-kenangan dari pihak R-TIHiLS kepada Muzium Nelayan Tanjung Balau.