Tarikh 3 Julai 2024 merupakan tarikh bermakna apabila R-TIHiLS telah berkunjung ke Perbadanan Muzium Negeri Pahang iaitu di Muzium Masjid Sultan Abdullah bagi lawatan kunjung hormat. Pihak rombongan R-TIHiLS telah disambut oleh para kakitangan Pusat Kajian Sejarah dan Tamadun Al-Sultan Abdullah (AL-ASAR). Pihak R-TIHiLS diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif iaitu Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Abdullah bersama dengan pegawai penyelidik R-TIHiLS iaitu En. Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi dan En. Mohd Naim Bin Abdul manakala pihak AL-ASAR diketuai oleh Ustaz Ahnaf Wafi Bin Alias dan disertai oleh En. Amru Khalid Bin Sazali, En. Muhammad Bin Muhammad Idris dan Puan Hana Diyanah Binti Abdul Hamid.
Rombongan R-TIHiLS dibawa menjamu sarapan pagi di Kafe Belibis yang bertemakan bingkai besi dengan konsep stesen dan gerabak keretapi zaman kolonial. Para rombongan dan tuan rumah kemudiannya bersama-sama menjamu selera dengan menikmati Laksa Pahang. Kesempatan bersarapan bersama-sama ini dimanfaatkan oleh mereka dengan berbual santai serta saling memperkenalkan diri.
Pihak rombongan kemudiannya dibawa melawat ke Muzium Masjid Sultan Abdullah dengan melawat keseluruhan galeri dan melihat semua artifak dan infografik yang dipaparkan di muzium berkenaan. Kemudiannya, pihak rombongan melakukan kunjung hormat di pejabat AL-ASAR bagi sesi taklimat berkenaan dengan objektif dan fungsi AL-ASAR serta rentetan sejarah dan pencapaian yang telah diraih oleh AL-ASAR. Setelah tamat taklimat, sesi perbincangan serta perkongsian ilham di antara pihak R-TIHiLS dan AL-ASAR serta perbincangan potensi kerjasama strategik dan pertukaran idea di antara kedua organisasi. Kunjung hormat di pejabat AL-ASAR diakhiri dengan pertukaran cenderahati di antara kedua-dua organisasi sebagai tanda kenang-kenangan.
Seterusnya, pihak rombongan R-TIHiLS kemudiannya dipelawa melawat ke Muzium Istana Mangga Tunggal yang mana pada asalnya merupakan istana yang dibina pada 1934 dan pada mulanya didiami oleh Tengku Panglima Perang, Tengku Muhammad Ibni Sultan Ahmad yang mana pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari Disember 1945 hingga Disember 1949. Beliau kemudiannya dilantik menjadi Menteri Besar Pahang sebanyak dua kali dari 1951 hingga 1955 dan 1955 hingga 1957. Istana ini juga menjadi kediaman Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Almarhum Tengku Ampuan Hajah Afzan Rahimahallah serta menjadi istana keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Lawatan ke Istana Mangga Tunggal diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan diantara kedua-dua pihak.