Negeri Terengganu Darul Iman adalah sebuah negeri yang terletak di Semenanjung Malaysia. Ia berkeluasan 12,955km persegi dan terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garis lintang 4 hingga 5.50. Negeri Terengganu bersempadan dengan Negeri Kelantan Darul Naim dan Negeri Pahang Darul Makmur. Negeri Terengganu mempunyai kelebihan tersendiri segi sejarah, agama Islam dan institusi Kesultanan disamping kepelbagaian budaya yang berupaya menjadi tarikan umun dan perlu dipelihara. Batu Bersurat Piagam Terengganu menjadi bahan bukti bahawa Negeri Terengganu merupakan negeri yang terawal di Malaysia dan mungkin di Alam Melayu yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi dan pelaksanaan undang-undang Islam secara bertulis. Ianya perlu dipelihara.
Terengganu juga mempunyai banyak bahan-bahan pensejarahan dan perundangan seperti ‘Agreement,’ ‘treaty’, ‘handsard’, ‘ceremony speech’ dan sebagainya di mana pihak Kerajaan negeri ada bertanggungjawab untuk mengumpul, menguruskan dan memulihara bahan-bahan ini untuk kebaikan setiap generasi. Bahan-bahan ini juga mampu untuk dijadikan rujukan bagi kes-kes yang melibatkan kedaulatan Negeri Terengganu.
Bahan-bahan ini perlu diuruskan oleh sebuah badan khusus bagi menjadi sumber rujukan utama yang dapat memberi manfaat kepada Terengganu secara keseluruhannya. Bagi tujuan ini sebuah jawatankuasa khas kajian persejarahan dan perundangan Terengganu (JKPPT) telah ditubuhkan. JKPPT telah dinaiktarafkan menjadi sebuah unit di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri dan bagi langkah seterusnya, pihak Kerajaan Negeri perlu memberikan pertimbangan bagi penubuhan sebuah entity yang bertaraf Institut DiRaja yang dicadangkan namanya; Terengganu Royal Institute for Historical and Legal Studies.(T-RIHiLS). Cadangan ini telah dibentangkan di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-8 Tahun 2013 pada 27 Februari 2013 (KM 545A/2013) dan diluluskan (SUK.TR.630/56/3(3)).
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali Ke-14 Tahun 2013 bertarikh 24 April 2013 bersetuju meminda nama daripada Terengganu Royal Insitute for Historical and Legal Studies (T-RIHiLS) kepada Royal Terengganu Institute for Historical and Legal Studies (R-TIHiLS). Pihak Kesetiausahaan Korporat Terengganu Incorporated Sdn. Bhd (“TISB”) telah dilantik untuk menguruskan pemerbadanan R-TIHiLS mengikut peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah cadangan penubuhannya diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 27 Februari 2013. Ketika itu, segala urusan berkaitan hal ehwal R-TIHiLS berada di bawah seliaan Encik Wan Khairul Hakimi bin Wan Ahamad dan pihak Kesetiausahaan Korporat TISB turut menerima arahan daripada beliau selaku Penyelaras Unit Kajian Persejarahan & Perundangan Terengganu di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (Khidmat Pengurusan). Pada 12 Mac 2013 bersamaan 29 Rabiul Akhir 1434, Puan Saliza binti Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Syarikat: Terengganu Royal Institute for Historical Studies (T-RIHiLS).
Royal Terenggganu Institute For Historical And Legal Studies telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, (Seksyen 16(4)) pada dan mulai 31 haribulan Disember 2013, dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan. (no syarikat– MyCoID 1075920 D). Sebagai sebuah SBMJ, segala perjalanan R-TIHiLS adalah tertakluk kepada kelulusan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia sebagaimana syarat-syarat di bawah seksyen 24(3), Akta Syarikat 1965.
Penubuhan R-TIHiLS telah disahkan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah melalui Resolusi Pekeliling Pemegang Amanah bertarikh 25 Februari 2014.
Ahli-ahlinya;
- KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah.
- YAB Dato Seri Ahmad bin Said
- YB Dato Hj Mazlan bin Ngah
- YB Dato Hj Abdul Razak bin Ismail (kemudian diganti oleh YB Dato Hj Mat Razali bin Kassim)
- YB Dato’ Noorbahari bin Baharuddin (kemudian diganti oleh YB Dato Azhar bin Abdul Hamid)
Pada 6 Januari 2016, Menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia telah meluluskan cadangan pindaan Tataujud & Tataurusan Syarikat R-TIHiLS sebagaimana berikut.
“For so long the conferment of the authority for the use of the title “Royal” unto the name of the Company has not been withdrawn, the patron of the Company shall be KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah and thereafter his successor as the Sultan of Terengganu and may include any other as so approved by KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah and thereafter his successor as the Sultan of Terengganu.”
Klausa 5A, Tataujud Syarikat
“The Chairman of the Board shall be appointed with the approval of KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah or his successor as the Sultan of Terengganu.”
Pindaan Perkara 28, Tataurusan Syarikat
Mesyuarat LPA R-TIHiLS dalam mesyuaratnya NO. 1(01/2016) pada hari Isnin, 28 November 2016 telah bersetuju untuk melantik kakitangan Pengurusan bagi menguruskan perjalanan operasi R-TIHiLS dan meneruskan agenda penubuhan R-TIHiLS sebagaimana yang telah diluluskan oleh MMKN. Mesyuarat juga bersetuju melantik Pengarah Muzium Negeri Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah sebagai “Pegawai Menjaga/ Caretaker” R-TIHiLS. Beliau diberi kuasa eksekutif untuk mentadbir syarikat dan merangka perancangan dan perlaksanaan operasi syarikat. Sebagai permulaan, syarikat akan memberi tumpuan untuk mengkaji isu berkaitan persempadanan negeri Terengganu.
Mulai 1 Januari 2018 Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah telah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif R-TIHiLS.