Hala Tuju

Matlamat

Menjadikan sebuah pusat rekod negeri yang terunggul di Negara ini dalam bidang persejarahan dan budaya, perundangan dan oseanografi.

Wawasan

  • Memupuk dan menggalakan pengkongsian Ilmu dalam bidang persejarahan dan budaya, perundangan dan oseanografi melalui kajian yang terancang dan sistematik.
  • Memastikan segala bahan yang berkaitan yang diperolehi akan dipelihara dengan sempurna dan menjadi bahan rujukan kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan penyelidik-penyelidik.

Objektif

  • Menjalankan kajian persejarahan dan perundangan demi memelihara jatidiri bangsa dan kedaulatan Negeri Terengganu yang berjaya kekal merdeka semenjak daripada pengasasnya sehingga terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu.
  • Untuk mengenalpasti dan merakamkan hak-hak kedaulatan Negeri Terengganu melalui bukti bukti sejarah dan perundangan.
  • Merakamkan persejarahan Negeri Terengganu mengikut perspektif watan.
  • Menjalankan kajian kebudayaan dan konfigurasi jatidiri rakyat Negeri Terengganu.
  • Merumuskan kaedah-kaedah untuk melestarikan hak kedaulatan negeri dan jatidiri rakyat Negeri Terengganu.
  • Bertindak sebagai badan perunding kepada Kerajaan Negeri dalam perkara yang menyentuh hak kedaulatan negeri dan hak-hak kekuasaan Negeri Terengganu dalam Persekutuan Malaysia.
  • Bertindak sebagai “One-Stop-Centre” untuk menyelaraskan kajian dalam bidang yang menjadi tumpuan dengan pusat-pusat penyelidikan tempatan dan antarabangsa serta mengadakan kerjasama erat dengan agensi-agensi yang berkenaan untuk melaksanakan aktiviti bagi mencapai maksud penubuhan R-TIHiLS( Jaringan strategik)
  • Menjalankan kajian laut dalam wilayah pelantar benua Terengganu dan menyelaraskan pengurusan laut dengan pihak berkuasa yang berkaitan.
  • Memperolehi, memelihara dan menguruskan bahan-bahan persejarahan, kebudayaan, kelautan dan perundangan Negeri Terengganu.
  • Menjadi pusat rekod, penyelidikan, pendidikan dan pencerahan mengenai persejarahan dan budaya, perundangan dan oceanologi Negeri Terengganu.

Peranan

  • Mengenalpasti, menyalin dan membawa pulang serta menempatkan semua bahan-bahan sejarah dan perundangan di Negeri Terengganu.
  • Menyimpan dan menguruskan rekod-rekod Negeri Terengganu bermula dari zaman pra sejarah
  • Mengkaji persejarahan berkenaan perkembangan perundangan, kebudayaan dan wilayah pemerintahan Terengganu
  • Mengeluarkan dan memanfaatkan hasil-hasil kajian melalui penerbitan, penganjuran seminar, kursus dan latihan
  • Memanfaatkan hasil kajian bagi menyokong industri kraf dan pelancongan Negeri Terengganu.