Pada 11 Disember 2022, satu majlis makan malam dan perbincangan telah dianjurkan oleh R-TIHiLS di Restoran Sri Aman Seafood dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah, Ketua Seksyen Asia Tenggara Perpustakaan British iaitu Dato’ Dr Annabel Teh Gallop serta Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Professor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd Ghaffar dan isteri. Majlis juga dihadiri oleh Pengarah Pusat Islam Sultan Mahmud (PISM), UMT iaitu Dr. Riswadi bin Azmi serta dua penyelidik R-TIHiLS iaitu En. Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi serta Pn. Nur Syamimi Isyikin binti Md. Azli.
Perbincangan berkisar mengenai perkongsian kepakaran serta maklumat berkenaan bahan-bahan manuskrip dan rekod Terengganu yang berada di pelbagai tempat. Selain itu juga, perbincangan mengenai ruang lingkup dan potensi penyelidikan berkenaan dengan negeri Terengganu juga disentuh.