Pada 30 Januari 2023, satu kunjung hormat ke Muzium Kesenian Islam Malaysia telah berlangsung pada jam 2.30 petang. Pihak R-TIHiLS telah diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS iaitu Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah dan telah disambut oleh kurator Muzium Kesenian Islam Malaysia iaitu Encik Zulkifli Ishak.

Pihak R-TIHiLS telah dibawa melawat ke semua galeri di muzium berkenaan. Encik Zulkifli juga telah menunjukkan dan memberi penerangan terperinci beberapa artifak-artifak yang berkaitan dengan bidang kajian R-TIHiLS. Artifak dan koleksi yang diperoleh daripada Terengganu juga turut ditunjukkan oleh beliau.

Delegasi R-TIHiLS kemudiannya telah dibawa melawat ke makmal konservasi untuk melihat sendiri proses baikpulih dan pemuliharaan manuskrip dan artifak. Kemudiannya, satu perbincangan dan perkongsian idea mengenai peluang kerjasama di antara kedua-dua belah pihak telah diadakan,

Di akhir lawatan, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah telah menyampaikan cenderahati kepada Encik Zulkifli sebagai tanda penghargaan di atas kesudian pihak Muzium Kesenian Islam Malaysia menerima hasrat kunjung hormat ini.