Satu kunjungan hormat ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur telah diadakan pada 2 Februari 2023 pada jam 10 pagi di Bilik Mesyuarat Munsyi Abdullah, Aras 29, Menara DBP, Kuala Lumpur. R-TIHiLS diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah bersama dua Pegawai Penyelidik iaitu En. Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi dan En. Mohd Naim bin Abdul. Manakala, pihak DBP diketuai oleh Ketua Pusat Dokumentasi Melayu iaitu Tuan Nik Aman bin Nik Yusoff bagi pihak Ketua Pengarah DBP dan disertai oleh En. Shahrun Nizal bin Mohd Nor dan Pn. Fathenwan binti Wan Mohd Nor dari Bahagian Penyelidikan Sastera serta Pn. Che Rabitah binti Che Omar dan En. Mohd Hapizan bin Abdullah dari Pusat Dokumentasi Melayu.

Perbincangan yang berlangsung selama lebih 2 jam ini menumpukan kepada perkongsian pengalaman dalam bidang penyelidikan serta peluang kerjasama dan perkongsian sumber, kemahiran dan bahan daripada kedua-dua belah pihak.

situs slot gacor toto slot toto slot slot gacor