Seluruh warga kerja R-TIHILS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dato’ Haji Mohd Yusof Bin Abdullah atas segala jasa, bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Sempena persaraan ini, kami mendoakan agar Dato’ sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu. Segala sumbangan, kepimpinan dan dedikasi yang telah diberikan akan sentiasa dikenang serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja.

Jasamu tetap terpahat dalam ingatan, baktimu sentiasa dihargai.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita berjumpa lagi.
Selamat Bersara, Dato’.
Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan.
Daripada:
Kakitangan R-TIHILS
