Pada 14 Februari 2022, satu pertemuan dan perbincangan telah diadakan di Jabatan Mufti Negeri Terengganu (JMT). Pertemuan adalah bertujuan bagi membincangkan peluang kerjasama dalam menjalankan projek penyelidikan.

Pertemuan tersebut disertai oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah selaku Ketua Pegawai Eksekutif R-TIHiLS serta penyelidik R-TIHiLS iaitu Encik Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi. Manakala pihak JMT diwakili oleh Tuan Haji Ahadi bin Othman selaku Timbalan Mufti (Pentadbiran) serta Encik Ihsanuddin bin Ismail, Penolong Kanan Mufti dan Puan Wan Aini Syuhada binti Wan Ahmad, Penolong Mufti (Istinbat).