Pada 14 September 2022, pada jam 2.30 petang, satu lawatan ke pejabat Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah diadakan oleh R-TIHiLS. Delegasi lawatan telah disambut oleh Pengurus Besar PERZIM iaitu Drs Mohd Nasruddin bin Rahman.
Perbincangan menjurus kepada perkongsian idea dan pengalaman serta peluang kerjasama di antara kedua-dua belah pihak. Pihak PERZIM menyatakan minat untuk meneroka dalam bidang kepakaran penterjemahan manuskrip Melayu manakala pihak R-TIHiLS menyatakan minat untuk berkongsi maklumat berkenaan bahan-bahan dan artifak yang berkaitan di antara kedua-dua negeri.
Di akhir perbincangan, kedua-dua wakil bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.