Pada 27 Mac 2022, satu perbincangan telah diadakan di antara R-TIHiLS dan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Terengganu (JPSNT) yang berlangsung di premis JPSNT di Dataran Alamanda, Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.
Perbincangan yang berlangsung selama tiga jam ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdullah serta dua orang penyelidik iaitu Puan Nur Syamimi Isyikin binti Md Azli dan Encik Rafiuddin Afiq bin Rujunaidi manakala dari pihak JPSNT pula dihadiri oleh Tuan Haji Wan Abd Malik Bin Wan Sidek selaku Pengarah JPSNT, Tuan Muhamad Khasmizan Bin Abdullah yang merupakan Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), Puan Nik Nurul Farhana Binti Sulaiman yang mana merupakan Pegawai Syariah, Bahagian Penyelidikan Perundangan, Puan Wan Fatimatul Hanina Binti Wan Mansor sebagai Pegawai Syariah, Bahagian Perundangan Dan Perbicaraan dan Puan Rofidah binti Ali iaitu Penolong Pendakwa Syarie Tinggi, Bahagian Penyelidikan Perundangan.
Perbincangan ini menyentuh mengenai isu-isu perundangan serta peluang kerjasama dalam projek berkaitan dengan undang-undang negeri Terengganu khususnya undang-undang syariah.