Satu perjanjian persefahaman telah dimeterai pada satu majlis di Dewan Jamuan, Tingkat 18, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu di antara Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Melayu Islam (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan R-TIHiLS.

Pihak R-TIHiLS diwakili oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu manakala pihak INSPIRE diwakili oleh YBrs. Professor Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA.

Perjanjian persefahaman ini merupakan satu batu asas dan pemangkin kepada penyelidikan bersama di antara INSPIRE dan R-TIHiLS pada masa akan datang.